Translate

Sunday, 25 May 2014

Haram & Lovin' It

"Ya Allah, apa nak jadi dengan saya ni ?" Keluh si Kecek di atas tembok jalan sambil termenung.

Suasana pagi ketika itu tenang dan damai sekali. Kelibat lori hantu yang membawa tanah bukit  seperti selalu ,tidak kelihatan. Debu jalan yang semalam serupa puaka, hari ini elok terletak bak anak dara yang belum disentuh. Kabus pagi pula mula sedikit-sedikit menghilang .Sesekali angin kecil bertiup lembut. Sekali -sekala, kedengaran pula bunyi bunyi burung berkicau riang.

Beberapa meter dari situ, kelihatan seorang pemuda sedang menuntun motosikal Demak -nya.Pemuda itu tak  lain tak bukan adalah seorang hero kampung ,merangkap juara lumba motor sekitar Kuantan, iaitu Mohd Hafizudin.Gaya rambut sikat tengahnya, dan amalan selalu mengenakan minyak wangi apabila keluar melepak , membuatkan beliau menjadi antara kegilaan ramai gadis-gadis di sekitar Kuantan.Selain itu Hafizudin juga merupakan seorang vokalis kumpulan pancaragam 'Putih-Putih Melati', iaitu sebuah kumpulan pancaragam kenduri yang Top di Kuantan.

Sesudah penat menolak motor,Hafizudin berhenti sebentar di tembok jalan, ditegurnya si Kecek yang sedari tadi duduk termenung.

"Hoi Kecek, apa dibuat termenung saja ?"

" Eh Hafizudin, kenapa motor rosak ke ? " Balas Kecek menyoal kembali ,sambil menggaru bulu kakinya.

"Haah , tayar motor gua ni pancit pulak, tadi gua terlanggar lembu Pak Mael.Boleh pulak disondolnya tayar gua ni.Gua pon  naik hot lah kan, apa lagi? Terus gua tabuh lembu tu kat situ jugak."Cerita Hafizudin marah-marah,sambil menunjukkan bukti tayarnya yang sudah pecah.

"Eh lu apa buat dekat tembok pagi-pagi ni? Tak pergi kerja ka ?"Soal si Hafizudin.

" Saya , takdak mood lah harini Hafizudin, sedih pulak rasa hati ini"Balas si Kecek sayu.

" Dah, lu kenapa pulak ni ? Cuba cerita,cuba cerita." Kata Hafizudin punya selamba.

Si Kecek menarik nafas dalam-dalam sambil memulakan cerita.

" Awak, tau kan saya tak pernah tinggal solat Hafizudin ?"

" Haah, betul, dah tu kenapa ?" Soal Hafizudin ingin tau .

" Saya ni seorang yang menghormati ibu bapa dan tak pernah lagi menyentuh perempuan.Selain itu,saya juga tak pernah berjudi, dan tak pernah minum arak." Tegas si Kecek sambil berdiri.

Hafizudin perhati saja keletah si Kecek tanpa berkedip.

"Pendek kata, segala benda yang namanya haram ni saya memang tak pernah terlibat langsung, apatah lagi merasa atau menyentuhnya." Sambung si Kecek lagi.

" Itu gua tau lah, dah tu kenapa pulak lu nak sedih-sedih ni , cuba cakap, tak kan nak kena penabuh gua dulu,baru lu nak cakap?!" jerkah Hafizudin penuh tension.

Hafizudin mula menggengam penumbuknya seperti tak sabar.Si kecek pula sempat menjeling ke Hafizudin.

" Nah ,cuba awak tengok ni" ujar si Kecek sambil menunjukkan gambar mesej whatsapp di telefonnya.


                                          

2 comments: