Pagi yang hening itu,seperti kebiasaan pagi ahad,kelibat gadis kilang tidak kelihatan menunggu bas.Bonny seorang pekerja Syarikat Pembinaan terkemuka di tanah air pula, sedang menghabiskan sisa-sisa roti canai di sebuah kedai mamak roti canai terkenal di kawasan terpinggir Subang Jaya.
"Hoi bony" tegur seorang apek tua dari arah depan, sedang berjalan laju ke arahnya.
"Ya Tauke," balas si Bonny seperti buat-buat tak heran.
" Hoi sorang saja tu, boleh gua duduk sini ka ?"kata apek itu mempelawa diri untuk duduk di sebelah Bonny.Bonny senyap saja, tidak berkata ya dan tidak berkata tidak.Apek tua itu pula selamba saja menarik kerusi lalu duduk disebelahnya.
"Hoi mamak,order " panggil apek tua itu selamba lagi,membuatkan pelayan kedai mamak gelabah beruk berlari-lari ke arahnya.
"Kasi roti canai, air teh tarik ah .Ah kasi lagi satu teh tarik untuk ini taiko." Order apek tua itu kepada pelayan restoran mamak. Pelayan itu pon beredar laju ,seperti kebiasaan pelayan kedai- kedai mamak.
Bonny kenal apek tua ini sudah lama benar . Sejak zaman empayar vcd cetak rompak sedang rancak lagi.Zaman-zaman itu , vcd movie seperti Gerak Khas turut tidak terkecuali dari dicetak rompak.Bonny pula sedang belajar di Tanjung Malim ketika itu,dan beliau bekerja sebagai runner kepada apek itu untuk mencari duit sampingan.
Apek itu merupakan seorang Businessman yang berjaya hingga ke hari ini.Bisnes beliau melibatkan aktiviti pelacuran, perjudian, dan juga dadah. Apek ini bukan kecil anak dalam industri gelap tanah air. Bonny kenal benar dengan line si apek ini.Beliau dijaga oleh orang-orang besar, tambahan budak-budak beliau pula cukup ramai dan besar-besar juga.Sebab itu bisnes beliau susah mau goyang .Bonny memanggil beliau sebagai tauke atau Ahtuck saja.
"Woi taiko, ada baru mari punya mau ka ?"kata apek itu sambil menunjukkan katalog gadis import dalam tabletnya ke Bonny.
Bonny membuat isyarat tangan tanda tak mahu.
"Lu dari mana ni Tauke ?" Soal Bonny, menukar topik.
" Aiyo gua baru balik bawak itu Hasyim punya anak,dia punya anak sakit mah.Eh lu pon kalau mahu berubat boleh kasi jumpa nanti gua,gua kasi tunjuk sama lu sama satu orang. " cerita apek itu.
" Sakit macam mana Tauke ?" Soal Bonny ingin tahu.
"Itu sakit orang bikin lar,macam santau ka ? Mau buang saka kah ?" Balas apek.
" Oh iya ka ? Boleh baik ka? Itu bayar macam mana ? Mau mintak nombor boleh ka ?" Soal Bonny bertalu-talu kepada si apek.
" Hai Bonny, ini bukan mau bisnes punya, ini kita cuma mau tolong orang mah.Itu kita cuma ikhtiar kita minta sama Allah, kita pakai Alquran juga mah. Kita nanti bawak lu jumpa itu satu pak haji saya punya kawan."kata apek itu.
" Hai Bonny, itu Alquran lu tau macam mana power kah ? Itu Alquran banyak lengkap loh, ia memang dari Allah. Lu tau kah, itu hantu syaitan memang cukup takut sama itu Alquran loh. " sambung apek itu lagi, membuatkan Bonny terkedu.
"Bonny, lu tau kah itu Alquran macam mana ? Itu Alquran hah ada banyak cerita punya, dia ada cerita dahulu, dia ada cerita masa hadapan,cerita pasal hari kiamat.Semua Allah sudah kasitau mah." Tegas apek itu sambil menghirup teh tarik yang sudah sampai.
"Ini Malaysia hah satu sudah silap lu tau kah Bonny?" Soal apek menduga Bonny.
"Apa?" Soal Bonny ke apek semula.
"Ini malaysia, satu kaum pegang ini agama, tapi dia orang gagal sebar itu agama dengan baik. Ini agama bukan untuk satu kaum sahaja loh.Lu tengok itu zaman dahulu punya,macam mana banyak orang boleh peluk ini agama ? " tegas apek itu lagi.
Bonny hanya diam terkedu. Sekali-sekali dipetiknya pemetik api tak tentu hala.
Tiba-tiba, telefon apek tua itu berbunyi.Apek menjawab telefonnya dan bercakap serius dalam bahasa cina sambil mengangguk-angguk.Usai menjawab panggilan,beliau meminta diri kepada Bonny, dan memberitahu Bonny bahawa beliau ada urusan sama customer .
Bonny yang dari tadi terkedu itu, beristighfar berkali-kali dan berdoa di dalam hatinya, semoga apek itu beroleh hidayah juga suatu hari nanti.
"Mamak kasi kira ini semua! " kata Bonny ke tauke kedai mamak yang baru sahaja sampai ke kedai itu.
No comments:
Post a Comment