Translate

Wednesday, 30 April 2014

Misteri Bertemu Sang Lagenda

Gua terpanggil untuk menulis lagi kali ni. Hal ini tiba-tiba  terjadi adalah akibat dari peristiwa yang gua alami Isnin lepas,iaitu pada tanggal 21 April 2014 dalam pukul 10:00 pagi.Baik, cerita dia bermula begini.

     Saat itu,gua baru saja diperkena pertikai oleh Boss gua,(iaitu seorang lelaki yang boroi), mengenai kenapa datang lewat?Kenapa hantar report lambat? Kenapa nak tunggu JKR tegur? Kenapa tak settle claim cepat-cepat?Lu pergi mana masa masa ada meeting dengan Majlis Perbandaran?dan macam-macam lagilah pertikaian yang dia sepatutnya tak payah duk buat teruk sangat untuk hambur caci nista pada gua. Oleh kerana tension yang amat,kerana dipertikai semahu-mahunya ,usai dimarahi oleh puaka itu,gua pon masuklah ke dalam pantry opis, untuk mereleasekan ketegangan . Semasuknya gua ke pantry opis, gua pon menyalakanlah sebatang rokok winston, lalu menghisapnya sambil  duduk mencangkung dan ber-ashtay-kan sebakul sampah separa kecil.


Sedang gua menghisap rokok itu, tiba-tiba datang angin sepoi-sepoi bahasa yang entah dari mana hala datangnya meniup kemuka gua .Angin yang bertiup itu seolah-olah seperti tiupan angin damai dari Pantai Batu Burok saja rasa nyamannya. Gua menjadi terkesima seketika. Rokok yang separuh dihisap itu dipadamkan secepatnya dan dimasukkan pula secara cermatnya ke dalam bakul sampah. Mata gua  seakan menjadi mengantuk yang amat sangat.Gua seolah jadi terlalu gelojoh untuk tidur siang pada waktu itu. Mata yang mengantuk itu lalu gua pejamkan serapat-rapatnya.


Sebukanya sahaja mata gua , tiba-tiba gua menjadi kaget ,kerana kini gua sudah berada di sebuah padang pasir putih yang tandus,yang seluas mata memandang sekalipon tidak ternampak sebarang kelibat pokok mahupon binatang hidup melata. Gua menjadi panik serta merta, lalu gua menjerit melolong-lolong  meminta pertolongan sambil berlari-lari kesana kemari seperti orang yang sedang setim methadon .  Gua jadi sedih benar waktu itu, macam-macam yang gua fikirkan.Masa-masa macamtu gua jadi teringat pula kepada adik beradik, sedara mara,awek-awek  Mc D , jiran gua yang baru pakai Honda CBR 150R tu,cikgu-cikgu sekolah yang banyak mendidik , dan mak gua yang dah susah payah membesarkan gua selama ini.


Sedang gua mundar mandir tak ketahuan arah, tiba-tiba bahu gua ditepuk oleh seseorang. "Hoi Loser!!" kata satu suara. Seraya itu, gua pon  menoleh kebelakang.


Alangkah terkejutnya gua,apabila memandang sesosok tubuh mendiang Lagenda ,sedang menggalas Vandalism Stratocaster ,berdiri sambil tersenyum. Sosok tubuh itu memang gua kenal benar,manakan tidak, beliaulah ikon yang sudah lama gua follow ,iaitu start dari gua belajar di sekolah teknik lagi.


" Hang nak aku cakap Melayu ka Omputih?" Soal beliau ringkas.


"Err...Cakap Melayu jelah bang.."balas gua takut-takut ,  seolah tidak percaya yang mendiang Lagenda itu turut pandai berbahasa melayu.


"Nak jadi pemuzik ni ,hati  kita kena ikhlas bai. Duit bukan segalanya,tolonglah pikir abih-abih sebelum buat satu benda."kata lagenda itu memulakan bicara.


 "60 000 penganut scenes kita zaman ni cuma harapkan scene kita bangkit sendiri,tanpa comeout dengan sesuatu material yang segar dan progressif. "ujar lagenda itu lagi.


Gua mengangguk-angguk tanda setuju.


"Syok sendiri tak akan bawak kita ke mana?Ikhlas itu suatu benda yang tak perlu dibuat-buat.Originaliti itu perlu ada walau engkau kagum dengan siapa sekalipon,jadi tak perlulah engkau nak jadi wannabe. Carilah benda tu dalam diri sendiri. The worst crime is faking it." sambung lagenda itu tegas.


Sedang gua khusyuk menggangguk-anggukan kepala, tiba-tiba datang  suatu tamparan super puaka yang entah dari mana halanya menghinggap ke pipi gua. KELEPEK!!! (seperti itulah lebih kurang bunyinya) membuatkan gua terlentang.

.
Gua jadi terkesima lagi sekali. Sedang menahan pipi yang sakit itu, gua menggosok-gosok pula kedua belah mata gua yang tak sakit . Namun alangkah terperanjatnya gua ,sebaik-baik membukak mata,terpacak sesosok tubuh boroi lagi hodoh yang amat, berdiri dihadapan gua. 


"..Cilaka ,boss gua rupanya!!" Bisik hati gua perlahan...


1 comment: