Translate

Sunday, 25 May 2014

Haram & Lovin' It

"Ya Allah, apa nak jadi dengan saya ni ?" Keluh si Kecek di atas tembok jalan sambil termenung.

Suasana pagi ketika itu tenang dan damai sekali. Kelibat lori hantu yang membawa tanah bukit  seperti selalu ,tidak kelihatan. Debu jalan yang semalam serupa puaka, hari ini elok terletak bak anak dara yang belum disentuh. Kabus pagi pula mula sedikit-sedikit menghilang .Sesekali angin kecil bertiup lembut. Sekali -sekala, kedengaran pula bunyi bunyi burung berkicau riang.

Beberapa meter dari situ, kelihatan seorang pemuda sedang menuntun motosikal Demak -nya.Pemuda itu tak  lain tak bukan adalah seorang hero kampung ,merangkap juara lumba motor sekitar Kuantan, iaitu Mohd Hafizudin.Gaya rambut sikat tengahnya, dan amalan selalu mengenakan minyak wangi apabila keluar melepak , membuatkan beliau menjadi antara kegilaan ramai gadis-gadis di sekitar Kuantan.Selain itu Hafizudin juga merupakan seorang vokalis kumpulan pancaragam 'Putih-Putih Melati', iaitu sebuah kumpulan pancaragam kenduri yang Top di Kuantan.

Sesudah penat menolak motor,Hafizudin berhenti sebentar di tembok jalan, ditegurnya si Kecek yang sedari tadi duduk termenung.

"Hoi Kecek, apa dibuat termenung saja ?"

" Eh Hafizudin, kenapa motor rosak ke ? " Balas Kecek menyoal kembali ,sambil menggaru bulu kakinya.

"Haah , tayar motor gua ni pancit pulak, tadi gua terlanggar lembu Pak Mael.Boleh pulak disondolnya tayar gua ni.Gua pon  naik hot lah kan, apa lagi? Terus gua tabuh lembu tu kat situ jugak."Cerita Hafizudin marah-marah,sambil menunjukkan bukti tayarnya yang sudah pecah.

"Eh lu apa buat dekat tembok pagi-pagi ni? Tak pergi kerja ka ?"Soal si Hafizudin.

" Saya , takdak mood lah harini Hafizudin, sedih pulak rasa hati ini"Balas si Kecek sayu.

" Dah, lu kenapa pulak ni ? Cuba cerita,cuba cerita." Kata Hafizudin punya selamba.

Si Kecek menarik nafas dalam-dalam sambil memulakan cerita.

" Awak, tau kan saya tak pernah tinggal solat Hafizudin ?"

" Haah, betul, dah tu kenapa ?" Soal Hafizudin ingin tau .

" Saya ni seorang yang menghormati ibu bapa dan tak pernah lagi menyentuh perempuan.Selain itu,saya juga tak pernah berjudi, dan tak pernah minum arak." Tegas si Kecek sambil berdiri.

Hafizudin perhati saja keletah si Kecek tanpa berkedip.

"Pendek kata, segala benda yang namanya haram ni saya memang tak pernah terlibat langsung, apatah lagi merasa atau menyentuhnya." Sambung si Kecek lagi.

" Itu gua tau lah, dah tu kenapa pulak lu nak sedih-sedih ni , cuba cakap, tak kan nak kena penabuh gua dulu,baru lu nak cakap?!" jerkah Hafizudin penuh tension.

Hafizudin mula menggengam penumbuknya seperti tak sabar.Si kecek pula sempat menjeling ke Hafizudin.

" Nah ,cuba awak tengok ni" ujar si Kecek sambil menunjukkan gambar mesej whatsapp di telefonnya.


                                          

Wednesday, 14 May 2014

Diari Pagi Aron Azizi

Harini gua bangun lambat lagi, jam di dinding menunjukkan sudah pukul 10 pagi. Matahari dah naik tinggi. Tiada isteri disebelah. Cilaka bini gua tak kejut lah ni, bisik hati gua.

Tuala dicapai, lalu gua ke bilik mandi untuk mandi. Masa tengah mandi, tiba-tiba teringat peristiwa malam tadi. Oh indah gila malam tadi, rasa nak lagi pagi ni. Hihihi...

Sedang gua berkhayal sambil mandi tu, mulalah gua teringatkan macam-macam. Tiba-tiba otak teringatkan perkara-perkara seperti GST, Benz Ali, Ibrahim Ali, anak Mat Said punya kenduri, Isma dan Malaysiakini, hinggalah kepada perkara mengambil M.C.. Ah kimak betul, macam mana lah gua boleh terlupa pulak nak mesej si Bakri tadi. Cepat-cepat gua settle-kan mandi.

Selesai mandi, gua ambil telefon untuk mesej si Bakri. 'Oi kimak, gua mc lah hari ni!' macam tu lah ayat yang terlintas dalam kepala gua sedari tadi.

"Assalamualaikum Boss, Sorry terpaksa cancel review meeting pagi ni, sebab saya mc harini." Mesej pon dihantar terus ke En. Bakri.

" It was excessively late to inform to me,tq." reply si Bakri.

Ah lantak kau lah Bakri,fikir gua didalam hati. Lalu gua terus membuka FB untuk menenangkan diri.

Isu di FB ini tak pernah henti,FB bukan tempat yang mengamankan jiwa gua lagi.Dunia yang gua diami ini umpama di landa dosa apa entah ?Tidaklah gua ketahui. Bijak pandai meremehkan si bodoh,si bodoh meremehkan si pelaku khianat, agamawan sudah boleh dicaci, si sesat di sana sini, ahli politik kucar kacir,ahli falsafah bangga diri,dan banyaklah lagi. Kadang-kadang gua fikir planet bumi ini sudah tidak selamat untuk didiami lagi.

Mujurlah , masih ada page- page bodoh alang , untuk dilayari.Disitulah tempat untuk gua melampiaskan kebodohan diri. Untuk gua lari dari masalah serius duniawi.

Ah gua dah lambat ni, nak pergi klinik, ambik M.C.

Aron Azizi.
13 May 2014
Jam 10:59 pagi.

Monday, 12 May 2014

BONNY dan Taiko .

  Pagi yang hening itu,seperti kebiasaan pagi ahad,kelibat gadis kilang tidak kelihatan menunggu bas.Bonny seorang pekerja Syarikat Pembinaan terkemuka di tanah air pula, sedang menghabiskan sisa-sisa roti canai di sebuah kedai mamak  roti canai terkenal di kawasan terpinggir Subang Jaya.

"Hoi bony" tegur seorang apek tua dari arah depan, sedang berjalan laju ke arahnya.

"Ya Tauke," balas si Bonny seperti buat-buat tak heran.

" Hoi sorang saja tu, boleh gua duduk sini ka ?"kata apek itu mempelawa diri untuk duduk di sebelah Bonny.Bonny senyap saja, tidak berkata ya dan tidak berkata tidak.Apek tua itu pula selamba saja menarik kerusi lalu duduk disebelahnya.

"Hoi mamak,order " panggil apek tua itu selamba lagi,membuatkan pelayan kedai mamak  gelabah beruk berlari-lari ke arahnya.

"Kasi roti canai, air teh tarik ah .Ah kasi lagi satu teh tarik untuk ini taiko." Order apek tua itu kepada pelayan restoran mamak. Pelayan itu pon beredar laju ,seperti kebiasaan pelayan kedai- kedai mamak.

Bonny kenal apek tua ini sudah lama benar . Sejak zaman empayar vcd cetak rompak sedang rancak lagi.Zaman-zaman itu , vcd movie seperti  Gerak Khas turut tidak terkecuali dari dicetak rompak.Bonny pula sedang belajar di Tanjung Malim ketika itu,dan beliau bekerja sebagai runner kepada apek itu untuk mencari duit sampingan.

Apek itu merupakan seorang Businessman yang berjaya hingga ke hari ini.Bisnes beliau melibatkan aktiviti pelacuran, perjudian, dan juga dadah. Apek ini bukan kecil anak dalam industri gelap tanah air. Bonny kenal benar dengan line si apek ini.Beliau dijaga oleh orang-orang besar, tambahan budak-budak beliau pula cukup ramai dan besar-besar juga.Sebab itu bisnes beliau susah mau goyang .Bonny memanggil beliau sebagai tauke atau Ahtuck saja.

"Woi taiko, ada baru mari punya mau ka ?"kata apek itu sambil menunjukkan katalog gadis import dalam tabletnya ke Bonny.

Bonny membuat isyarat tangan tanda tak mahu.

"Lu dari mana ni Tauke ?" Soal Bonny, menukar topik.

" Aiyo gua baru balik bawak itu Hasyim punya anak,dia punya anak sakit mah.Eh lu pon kalau mahu berubat boleh kasi jumpa  nanti gua,gua kasi tunjuk sama lu sama satu orang. " cerita apek itu.

" Sakit macam mana Tauke ?" Soal Bonny ingin tahu.

"Itu sakit orang bikin lar,macam santau ka ? Mau buang saka kah ?" Balas apek.

" Oh iya ka ? Boleh baik ka? Itu bayar macam mana ? Mau mintak nombor boleh ka ?" Soal Bonny bertalu-talu kepada si apek.

" Hai Bonny, ini bukan mau bisnes punya, ini kita cuma mau tolong orang mah.Itu kita cuma ikhtiar kita minta sama Allah, kita pakai Alquran  juga mah. Kita nanti bawak lu jumpa itu satu pak haji saya punya kawan."kata apek itu.

" Hai Bonny, itu Alquran lu tau macam mana power kah ? Itu Alquran banyak lengkap loh, ia memang dari Allah. Lu tau kah, itu hantu syaitan memang cukup takut sama itu Alquran loh. " sambung apek itu lagi, membuatkan Bonny terkedu.

"Bonny, lu tau kah itu Alquran macam mana ? Itu Alquran hah ada banyak cerita punya, dia ada cerita dahulu, dia ada cerita masa hadapan,cerita pasal hari kiamat.Semua Allah sudah kasitau mah." Tegas apek itu sambil menghirup teh tarik yang sudah sampai.

"Ini Malaysia hah satu sudah silap lu tau kah Bonny?" Soal apek  menduga Bonny.

"Apa?" Soal Bonny ke apek semula.

"Ini malaysia, satu kaum pegang ini agama, tapi dia orang gagal sebar itu agama dengan baik. Ini agama bukan untuk satu kaum sahaja loh.Lu tengok itu zaman dahulu punya,macam mana banyak orang  boleh peluk ini agama ? " tegas apek itu lagi.

Bonny hanya diam terkedu. Sekali-sekali dipetiknya pemetik api tak tentu hala.

Tiba-tiba, telefon apek tua itu berbunyi.Apek menjawab telefonnya dan bercakap serius dalam bahasa cina sambil mengangguk-angguk.Usai menjawab panggilan,beliau meminta diri kepada Bonny, dan memberitahu Bonny bahawa beliau ada urusan sama customer .

Bonny yang dari tadi terkedu itu, beristighfar berkali-kali dan berdoa di dalam hatinya, semoga apek itu beroleh hidayah juga suatu hari nanti.

"Mamak kasi kira ini semua! " kata Bonny ke tauke kedai mamak yang baru sahaja sampai ke kedai itu.