Translate

Sunday, 16 November 2014

Yang Tua Berhormat, Yang Muda Menghormati.

" Manusia ni jadi orang degil betul, sudah lah degil bingai pulak tu,sudahlah bingai, kuat melawan pulak tu.Sifat degil dan bingai ni nak dibawak ke mana ? Masuk syurga? "    Lontar Pak Hamid memecah kesunyian di Kedai Leha janda. Ketika itu Pak Hamid sedang memakan 4 bijik buah dam Pak Abu.Pak Abu mengangkat-angkatkan keningnya.

Selesai Pak Hamid jalan, turn Pak Abu pulak jalan. Jalan saja Pak Abu, habis  2, 3 biji 'buah haji' Pak Hamid pulak dimakan oleh Pak Abu. Pak Abu tersengih-sengih. Sementara Pak Hamid  mula menggaru-garu kan kepalanya. 
"Dah kenapanya ni Pak Hamid?" nyampuk Si Roslan  yang sedari tadi duduk di meja hujung sambil menonton cerita WHI di TV3.Sambil-sambil itu Roslan menghirup kopi yang sedari tadi terletak di atas meja.

" Engkau orang muda ni ,masa depan jauh lagi. Engkau orang muda ni, pemangkin kemajuan negara tau?Engkau orang muda ni jangan dengar sangat cerita dakyah pembangkang tu. Masing-masing ada otak dah kan? Kita boleh pikir betapa bagusnya GST ni untuk rakyat. Berapa pesatnya negara ni boleh dibangunkan bila kita laksana GST? Engkau orang muda ni, tengoklah negara-negara maju tu semua, semua maju sebab depa laksana GST lah. Soal rakyat miskin ni semua, kerajaan bantu terus menerus tau. Kita jadi manusia ni mau pakai otak sikit orang muda. Benda baik kita sokong, kalau ada masalah kita sabar, jangan sikit-sikit nak demo, jangan sikit-sikit nak bakaq kereta polis."  Cerita  Pak Hamid bersungguh-sungguh, sambil menggayakan sekali dengan tangan-tangan beliau.

Si Roslan mengangguk-angguk paham. Sesekali kelakuan mereka diperhati oleh si Leha Janda yang dari tadi sibuk membasuh pinggan dan cawan di belakang.

~•~•~
Allahuakbar ,Allahuakbar...

Kedengaran laungan azan dikumandangkan.

Pak hamid dan Pak Abu buat-buat tak reti saja. Diteruskan pertarungan mereka yang entah ke berapa kali round entah, tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Si Roslan pulak sudah berpindah dari tempat duduknya,dan duduk di sebelah Pak Abu.
Sesekali,Roslan  membisik sesuatu ke telinga Pak Abu seolah-olah memberikan cadangan .Terkerut-kerut kening Pak Hamid dibuatnya akibat ketensionan .

Selesai saja azan, selesai saja doa selepas azan dibacakan , tiba-tiba...

"Sepohon kayuu daunnya rimbun,lebat buahnya serta daunnya,..Walaupun hidup seribu tahun, kalau tak semayang Jumaat apa gunanyaaa.... Walaupun hidup beribu tahun, kalau tak semayang Jumaat hapah tak gunaaaa.. " nyanyi Leha Janda penuh syahdu,dengan tone seakan-akan Allayarhamah biduanita Syarifah Aini.

"Sedap suara kau Leha, dah serupa Ramli Sarip dah. Tapi lain kali , jangan lupa lirik k. " tegur Pak Hamid ringkas.

Setelah itu Pak Hamid meneruskan pertarungannya semula.
















Monday, 13 October 2014

Duhai Mabuk

Ada orang suka mabuk,
Ada orang benci mabuk,

Ada orang peduli taik siapa mabuk,
Ada orang peduli mati-mati orang agama lain nak mabuk.

Demi benda yang memabukkan,
Mudah-mudahan gua tidak mabuk dan memabukkan.

Thursday, 14 August 2014

Kesetiaan Demi Kesetiaan -Taiko

" Orang-orang kanan kau ramai dah hilang, susah aku nak percayakan kau lagi lepas ni.."
Usik Robert. Didi hanya tersenyum.

" Kau tahu ? Tak susah nak tarik orang-orang kanan aku.Bila mereka bersama aku , kau cuma perlu tekan dia habis-habis,kau ugutlah dia macam-macam. Bila dia dah cukup bermasalah , dia tak tahan , kau bantulah dia, segala benda kau boleh tabur."

Didi mula menghidupkan rokok, dan meneguk coca cola.

" Kau betul-betul bermasalah." Ujar Robert.
Didi tersenyum lagi, kali ini lebar sikit senyum dia.

"Masalah aku, aku tak mampu balas kesetiaan mereka, aku cuma percaya depa ni  setia. Sedangkan aku tak pernah paksa depa supaya setia..."

Didi berhentikan kata-katanya.Diteguknya coca cola sampai habis. Sudah habis, gelas diangkat sedikit, si Didi mengangakan mulutnya luas dan menelan titis-titis sisa coca cola yang jatuh dari gelas tersebut.

Robert membalas dengan senyuman. Senyuman si Robert pula lebar sikit dari si Didi, dan tanpa punyai lesung pipit.Robert membuka penutup botol coca cola yang baru.

~~~

Malam itu mereka menghabiskan masa bersama-sama dengan menonggak coca cola tanpa menuangnya ke dalam gelas.

Sunday, 27 July 2014

Di Malam Nak Raya itu.

"Macam mana persiapan nak raya lu tahun ni Zulhilmi?"

"Kah kah... Kelakar betul engkau ni Fak, orang gelandangan macam aku nak persiapan jadah apa Ah Fak ? Macam biasa lah pakai baju melayu pusaka arwah bapak aku ja nanti, sembahyang raya di Masjid Negara."

" Saja gua mau sakat lu, tidak akan tidak boleh meh? Hiks.."

" Kita patut bersyukur Fak.Atleast nasib kita lebih baik dari nasib saudara kita di Ghaza dan Syiria Fak.Kita bersusah payah di sini untuk menyara makan dan minum saja, sedangkan mereka pulak, hidup dalam ketakutan, kelaparan, kesedihan, dan, apa lagi ?Sila tambah sendiri ."

Ah Fak hanya mengedip-ngedipkan matanya saja ketika mendengar kata-kata Zulhilmi.Sambil itu,beliau mengangguk-anggukkan kepala , sambil berkata,
" Hashtag ,Pray For Palestin Syiria".

Zulhilmi dan Ah Fak lalu berpandangan antara satu sama lain.Mata masing-masing tidak berkedip,jantung berdegup kencang.Selepas itu mereka pun saling berpelukan.

Angin malam, lipas lincah,cencurut liar,dan unggas bandar ,di Jalan Pudu, Kuala Lumpur, menjadi saksi kehangatan persahabatan mereka.
~•~•~•

"Zulhilmi, kapal terbang lu sudah naik!"

"Hashtag ,Pray for MH17." Ujar Zulhilmi ringkas.

Sunday, 25 May 2014

Haram & Lovin' It

"Ya Allah, apa nak jadi dengan saya ni ?" Keluh si Kecek di atas tembok jalan sambil termenung.

Suasana pagi ketika itu tenang dan damai sekali. Kelibat lori hantu yang membawa tanah bukit  seperti selalu ,tidak kelihatan. Debu jalan yang semalam serupa puaka, hari ini elok terletak bak anak dara yang belum disentuh. Kabus pagi pula mula sedikit-sedikit menghilang .Sesekali angin kecil bertiup lembut. Sekali -sekala, kedengaran pula bunyi bunyi burung berkicau riang.

Beberapa meter dari situ, kelihatan seorang pemuda sedang menuntun motosikal Demak -nya.Pemuda itu tak  lain tak bukan adalah seorang hero kampung ,merangkap juara lumba motor sekitar Kuantan, iaitu Mohd Hafizudin.Gaya rambut sikat tengahnya, dan amalan selalu mengenakan minyak wangi apabila keluar melepak , membuatkan beliau menjadi antara kegilaan ramai gadis-gadis di sekitar Kuantan.Selain itu Hafizudin juga merupakan seorang vokalis kumpulan pancaragam 'Putih-Putih Melati', iaitu sebuah kumpulan pancaragam kenduri yang Top di Kuantan.

Sesudah penat menolak motor,Hafizudin berhenti sebentar di tembok jalan, ditegurnya si Kecek yang sedari tadi duduk termenung.

"Hoi Kecek, apa dibuat termenung saja ?"

" Eh Hafizudin, kenapa motor rosak ke ? " Balas Kecek menyoal kembali ,sambil menggaru bulu kakinya.

"Haah , tayar motor gua ni pancit pulak, tadi gua terlanggar lembu Pak Mael.Boleh pulak disondolnya tayar gua ni.Gua pon  naik hot lah kan, apa lagi? Terus gua tabuh lembu tu kat situ jugak."Cerita Hafizudin marah-marah,sambil menunjukkan bukti tayarnya yang sudah pecah.

"Eh lu apa buat dekat tembok pagi-pagi ni? Tak pergi kerja ka ?"Soal si Hafizudin.

" Saya , takdak mood lah harini Hafizudin, sedih pulak rasa hati ini"Balas si Kecek sayu.

" Dah, lu kenapa pulak ni ? Cuba cerita,cuba cerita." Kata Hafizudin punya selamba.

Si Kecek menarik nafas dalam-dalam sambil memulakan cerita.

" Awak, tau kan saya tak pernah tinggal solat Hafizudin ?"

" Haah, betul, dah tu kenapa ?" Soal Hafizudin ingin tau .

" Saya ni seorang yang menghormati ibu bapa dan tak pernah lagi menyentuh perempuan.Selain itu,saya juga tak pernah berjudi, dan tak pernah minum arak." Tegas si Kecek sambil berdiri.

Hafizudin perhati saja keletah si Kecek tanpa berkedip.

"Pendek kata, segala benda yang namanya haram ni saya memang tak pernah terlibat langsung, apatah lagi merasa atau menyentuhnya." Sambung si Kecek lagi.

" Itu gua tau lah, dah tu kenapa pulak lu nak sedih-sedih ni , cuba cakap, tak kan nak kena penabuh gua dulu,baru lu nak cakap?!" jerkah Hafizudin penuh tension.

Hafizudin mula menggengam penumbuknya seperti tak sabar.Si kecek pula sempat menjeling ke Hafizudin.

" Nah ,cuba awak tengok ni" ujar si Kecek sambil menunjukkan gambar mesej whatsapp di telefonnya.


                                          

Wednesday, 14 May 2014

Diari Pagi Aron Azizi

Harini gua bangun lambat lagi, jam di dinding menunjukkan sudah pukul 10 pagi. Matahari dah naik tinggi. Tiada isteri disebelah. Cilaka bini gua tak kejut lah ni, bisik hati gua.

Tuala dicapai, lalu gua ke bilik mandi untuk mandi. Masa tengah mandi, tiba-tiba teringat peristiwa malam tadi. Oh indah gila malam tadi, rasa nak lagi pagi ni. Hihihi...

Sedang gua berkhayal sambil mandi tu, mulalah gua teringatkan macam-macam. Tiba-tiba otak teringatkan perkara-perkara seperti GST, Benz Ali, Ibrahim Ali, anak Mat Said punya kenduri, Isma dan Malaysiakini, hinggalah kepada perkara mengambil M.C.. Ah kimak betul, macam mana lah gua boleh terlupa pulak nak mesej si Bakri tadi. Cepat-cepat gua settle-kan mandi.

Selesai mandi, gua ambil telefon untuk mesej si Bakri. 'Oi kimak, gua mc lah hari ni!' macam tu lah ayat yang terlintas dalam kepala gua sedari tadi.

"Assalamualaikum Boss, Sorry terpaksa cancel review meeting pagi ni, sebab saya mc harini." Mesej pon dihantar terus ke En. Bakri.

" It was excessively late to inform to me,tq." reply si Bakri.

Ah lantak kau lah Bakri,fikir gua didalam hati. Lalu gua terus membuka FB untuk menenangkan diri.

Isu di FB ini tak pernah henti,FB bukan tempat yang mengamankan jiwa gua lagi.Dunia yang gua diami ini umpama di landa dosa apa entah ?Tidaklah gua ketahui. Bijak pandai meremehkan si bodoh,si bodoh meremehkan si pelaku khianat, agamawan sudah boleh dicaci, si sesat di sana sini, ahli politik kucar kacir,ahli falsafah bangga diri,dan banyaklah lagi. Kadang-kadang gua fikir planet bumi ini sudah tidak selamat untuk didiami lagi.

Mujurlah , masih ada page- page bodoh alang , untuk dilayari.Disitulah tempat untuk gua melampiaskan kebodohan diri. Untuk gua lari dari masalah serius duniawi.

Ah gua dah lambat ni, nak pergi klinik, ambik M.C.

Aron Azizi.
13 May 2014
Jam 10:59 pagi.

Monday, 12 May 2014

BONNY dan Taiko .

  Pagi yang hening itu,seperti kebiasaan pagi ahad,kelibat gadis kilang tidak kelihatan menunggu bas.Bonny seorang pekerja Syarikat Pembinaan terkemuka di tanah air pula, sedang menghabiskan sisa-sisa roti canai di sebuah kedai mamak  roti canai terkenal di kawasan terpinggir Subang Jaya.

"Hoi bony" tegur seorang apek tua dari arah depan, sedang berjalan laju ke arahnya.

"Ya Tauke," balas si Bonny seperti buat-buat tak heran.

" Hoi sorang saja tu, boleh gua duduk sini ka ?"kata apek itu mempelawa diri untuk duduk di sebelah Bonny.Bonny senyap saja, tidak berkata ya dan tidak berkata tidak.Apek tua itu pula selamba saja menarik kerusi lalu duduk disebelahnya.

"Hoi mamak,order " panggil apek tua itu selamba lagi,membuatkan pelayan kedai mamak  gelabah beruk berlari-lari ke arahnya.

"Kasi roti canai, air teh tarik ah .Ah kasi lagi satu teh tarik untuk ini taiko." Order apek tua itu kepada pelayan restoran mamak. Pelayan itu pon beredar laju ,seperti kebiasaan pelayan kedai- kedai mamak.

Bonny kenal apek tua ini sudah lama benar . Sejak zaman empayar vcd cetak rompak sedang rancak lagi.Zaman-zaman itu , vcd movie seperti  Gerak Khas turut tidak terkecuali dari dicetak rompak.Bonny pula sedang belajar di Tanjung Malim ketika itu,dan beliau bekerja sebagai runner kepada apek itu untuk mencari duit sampingan.

Apek itu merupakan seorang Businessman yang berjaya hingga ke hari ini.Bisnes beliau melibatkan aktiviti pelacuran, perjudian, dan juga dadah. Apek ini bukan kecil anak dalam industri gelap tanah air. Bonny kenal benar dengan line si apek ini.Beliau dijaga oleh orang-orang besar, tambahan budak-budak beliau pula cukup ramai dan besar-besar juga.Sebab itu bisnes beliau susah mau goyang .Bonny memanggil beliau sebagai tauke atau Ahtuck saja.

"Woi taiko, ada baru mari punya mau ka ?"kata apek itu sambil menunjukkan katalog gadis import dalam tabletnya ke Bonny.

Bonny membuat isyarat tangan tanda tak mahu.

"Lu dari mana ni Tauke ?" Soal Bonny, menukar topik.

" Aiyo gua baru balik bawak itu Hasyim punya anak,dia punya anak sakit mah.Eh lu pon kalau mahu berubat boleh kasi jumpa  nanti gua,gua kasi tunjuk sama lu sama satu orang. " cerita apek itu.

" Sakit macam mana Tauke ?" Soal Bonny ingin tahu.

"Itu sakit orang bikin lar,macam santau ka ? Mau buang saka kah ?" Balas apek.

" Oh iya ka ? Boleh baik ka? Itu bayar macam mana ? Mau mintak nombor boleh ka ?" Soal Bonny bertalu-talu kepada si apek.

" Hai Bonny, ini bukan mau bisnes punya, ini kita cuma mau tolong orang mah.Itu kita cuma ikhtiar kita minta sama Allah, kita pakai Alquran  juga mah. Kita nanti bawak lu jumpa itu satu pak haji saya punya kawan."kata apek itu.

" Hai Bonny, itu Alquran lu tau macam mana power kah ? Itu Alquran banyak lengkap loh, ia memang dari Allah. Lu tau kah, itu hantu syaitan memang cukup takut sama itu Alquran loh. " sambung apek itu lagi, membuatkan Bonny terkedu.

"Bonny, lu tau kah itu Alquran macam mana ? Itu Alquran hah ada banyak cerita punya, dia ada cerita dahulu, dia ada cerita masa hadapan,cerita pasal hari kiamat.Semua Allah sudah kasitau mah." Tegas apek itu sambil menghirup teh tarik yang sudah sampai.

"Ini Malaysia hah satu sudah silap lu tau kah Bonny?" Soal apek  menduga Bonny.

"Apa?" Soal Bonny ke apek semula.

"Ini malaysia, satu kaum pegang ini agama, tapi dia orang gagal sebar itu agama dengan baik. Ini agama bukan untuk satu kaum sahaja loh.Lu tengok itu zaman dahulu punya,macam mana banyak orang  boleh peluk ini agama ? " tegas apek itu lagi.

Bonny hanya diam terkedu. Sekali-sekali dipetiknya pemetik api tak tentu hala.

Tiba-tiba, telefon apek tua itu berbunyi.Apek menjawab telefonnya dan bercakap serius dalam bahasa cina sambil mengangguk-angguk.Usai menjawab panggilan,beliau meminta diri kepada Bonny, dan memberitahu Bonny bahawa beliau ada urusan sama customer .

Bonny yang dari tadi terkedu itu, beristighfar berkali-kali dan berdoa di dalam hatinya, semoga apek itu beroleh hidayah juga suatu hari nanti.

"Mamak kasi kira ini semua! " kata Bonny ke tauke kedai mamak yang baru sahaja sampai ke kedai itu.

Wednesday, 30 April 2014

Misteri Bertemu Sang Lagenda

Gua terpanggil untuk menulis lagi kali ni. Hal ini tiba-tiba  terjadi adalah akibat dari peristiwa yang gua alami Isnin lepas,iaitu pada tanggal 21 April 2014 dalam pukul 10:00 pagi.Baik, cerita dia bermula begini.

     Saat itu,gua baru saja diperkena pertikai oleh Boss gua,(iaitu seorang lelaki yang boroi), mengenai kenapa datang lewat?Kenapa hantar report lambat? Kenapa nak tunggu JKR tegur? Kenapa tak settle claim cepat-cepat?Lu pergi mana masa masa ada meeting dengan Majlis Perbandaran?dan macam-macam lagilah pertikaian yang dia sepatutnya tak payah duk buat teruk sangat untuk hambur caci nista pada gua. Oleh kerana tension yang amat,kerana dipertikai semahu-mahunya ,usai dimarahi oleh puaka itu,gua pon masuklah ke dalam pantry opis, untuk mereleasekan ketegangan . Semasuknya gua ke pantry opis, gua pon menyalakanlah sebatang rokok winston, lalu menghisapnya sambil  duduk mencangkung dan ber-ashtay-kan sebakul sampah separa kecil.


Sedang gua menghisap rokok itu, tiba-tiba datang angin sepoi-sepoi bahasa yang entah dari mana hala datangnya meniup kemuka gua .Angin yang bertiup itu seolah-olah seperti tiupan angin damai dari Pantai Batu Burok saja rasa nyamannya. Gua menjadi terkesima seketika. Rokok yang separuh dihisap itu dipadamkan secepatnya dan dimasukkan pula secara cermatnya ke dalam bakul sampah. Mata gua  seakan menjadi mengantuk yang amat sangat.Gua seolah jadi terlalu gelojoh untuk tidur siang pada waktu itu. Mata yang mengantuk itu lalu gua pejamkan serapat-rapatnya.


Sebukanya sahaja mata gua , tiba-tiba gua menjadi kaget ,kerana kini gua sudah berada di sebuah padang pasir putih yang tandus,yang seluas mata memandang sekalipon tidak ternampak sebarang kelibat pokok mahupon binatang hidup melata. Gua menjadi panik serta merta, lalu gua menjerit melolong-lolong  meminta pertolongan sambil berlari-lari kesana kemari seperti orang yang sedang setim methadon .  Gua jadi sedih benar waktu itu, macam-macam yang gua fikirkan.Masa-masa macamtu gua jadi teringat pula kepada adik beradik, sedara mara,awek-awek  Mc D , jiran gua yang baru pakai Honda CBR 150R tu,cikgu-cikgu sekolah yang banyak mendidik , dan mak gua yang dah susah payah membesarkan gua selama ini.


Sedang gua mundar mandir tak ketahuan arah, tiba-tiba bahu gua ditepuk oleh seseorang. "Hoi Loser!!" kata satu suara. Seraya itu, gua pon  menoleh kebelakang.


Alangkah terkejutnya gua,apabila memandang sesosok tubuh mendiang Lagenda ,sedang menggalas Vandalism Stratocaster ,berdiri sambil tersenyum. Sosok tubuh itu memang gua kenal benar,manakan tidak, beliaulah ikon yang sudah lama gua follow ,iaitu start dari gua belajar di sekolah teknik lagi.


" Hang nak aku cakap Melayu ka Omputih?" Soal beliau ringkas.


"Err...Cakap Melayu jelah bang.."balas gua takut-takut ,  seolah tidak percaya yang mendiang Lagenda itu turut pandai berbahasa melayu.


"Nak jadi pemuzik ni ,hati  kita kena ikhlas bai. Duit bukan segalanya,tolonglah pikir abih-abih sebelum buat satu benda."kata lagenda itu memulakan bicara.


 "60 000 penganut scenes kita zaman ni cuma harapkan scene kita bangkit sendiri,tanpa comeout dengan sesuatu material yang segar dan progressif. "ujar lagenda itu lagi.


Gua mengangguk-angguk tanda setuju.


"Syok sendiri tak akan bawak kita ke mana?Ikhlas itu suatu benda yang tak perlu dibuat-buat.Originaliti itu perlu ada walau engkau kagum dengan siapa sekalipon,jadi tak perlulah engkau nak jadi wannabe. Carilah benda tu dalam diri sendiri. The worst crime is faking it." sambung lagenda itu tegas.


Sedang gua khusyuk menggangguk-anggukan kepala, tiba-tiba datang  suatu tamparan super puaka yang entah dari mana halanya menghinggap ke pipi gua. KELEPEK!!! (seperti itulah lebih kurang bunyinya) membuatkan gua terlentang.

.
Gua jadi terkesima lagi sekali. Sedang menahan pipi yang sakit itu, gua menggosok-gosok pula kedua belah mata gua yang tak sakit . Namun alangkah terperanjatnya gua ,sebaik-baik membukak mata,terpacak sesosok tubuh boroi lagi hodoh yang amat, berdiri dihadapan gua. 


"..Cilaka ,boss gua rupanya!!" Bisik hati gua perlahan...