Translate

Tuesday 17 November 2015

Barang Baik

"Ada barang ? "tanya si Kamsan seorang body builder.
Aku menggelengkan kepala ku menipu. Kelihatan terketar-ketar jari jemari si Kamsan, dan matanya merenung tepat ke wajah ku. Aku segera berlalu laju dari situ. Tidak putus mata si Kamsan merenung aku, sambil itu dia menelengkan kepalanya sedikit kerek,sambil berpeluk tubuh, lagaknya seolah kepala gengster, di dalam filem melayu gengster.

Sedang aku berjalan laju, tiba-tiba aku ditahan oleh seekor mamat sebesar kingkong,yang tak berbulu .Aku kenal dia sangat, Bard namanya.

"Kau ada bb....."

Belum sempat Bard melunaskan kata-katanya, lantas ku mendongakkan muka ku ke mukanya.Lalu ku renung matanya sedalam-dalamnya, sambil menggeleng kepala sedikit saja. Terus berpeluh-peluh Bard dibuatnya,sambil terketar ketar lutut beliau . Aku mula menggigilkan badan ku, sambil mengenggamkan penumbuk. Belum pun sempat ku angkat penumbuk ku ,Bard terus berlari lintang pukang.

" Ah barang putuih ! Barang putuih!" teriak seorang lelaki bangsa Johor yang suka becakap loghat Kedah. Suaranya menggegarkan seluruh flat di Usj Angsana.Beliau tinggal di tingkat 3 di flat ini.Lelaki itu cuba terjun ke bawah, tapi sempat dipaut oleh isterinya. Orang ramai mula mengerumuni di bawah flat. Tidak lama kemudian siren JPAM,Polis dan Bomba mula kedengaran.Inilah cubaan bunuh diri ketiga untuk minggu ini yang disaksi oleh mata kepalaku sendiri.

" Apahal pulak kes kali ni bang ?" tanyaku pada seorang brader.

" Apa lagi ? barang habis lah." Ujar brader itu .

" Err hang ada ? ...."soal brader itu terus, dengan nada takut-takut.

"Ada apa ?!! "jerkah ku ringkas. Lalu aku berlalu dari situ tanpa mempedulikan brader tersebut yang sedang tercengang .

~•~•~

Di Lobby lift ada 3 kutu sedang menunggu. Elok saja pintu lift terbuka, kami pun masuk. Dalam lift 3 kutu tersebut tersengih-sengih kepada ku.

"Ha lu orang sengih awat ? ! Nak tanya aku ada barang jugak ka ? "

" Eh tak bang, kami cuma nak tanya ja,abang pakai  minyak wangi apa ni?  Bau dia sedap macam dashing lah."

"Haah!"jawabku pendek.

Pintu lift sudah terbuka,aku keluar dengan  kelam kabut seperti takut dirogol . 3 kutu itu sempat memberi salam dan melambai tangan tanda hormat.

Sampai di pintu rumah aku menerima whatsapp dari rakan ku si Karim .

" Jai , tolong gua, gua tak tahan, terliur ni bai ,badan gua panas nak demam ni."

Lantas aku mendelete message whatsapp si Karim dan mem-block nombor telefon beliau serta merta.Sempat juga aku mempukimakkan dia berkali2 di dalam hati.

~•~•~

Setelah masuk ke rumah , aku on kan elcb di kotak agihan suis. Kipas pula dihidupkan, dan aku terus duduk di atas sofa sambil meletakkan kaki di atas tv.

Aku cepat-cepat memeriksa beg galas yang ku bawa, takut-takut kalau barang ku tiada.

"Ah syukurlah ada" bisik hati ku .

Sebelum terlupa, tingkap dan langsir ku katupkan rapat, takut-takut jiran terhidu pula aktiviti aku nanti.

Setelah semua kufikirkan selamat, lighter mula ku nyalakan, dan barang (rokok dunhill) berharga Rm17 itu ku bakar. Asapnya pula ku tarik sedalam-dalamnya, lalu ku hembuskan .Puas betul aku rasa. 

Aku perlu berjimat kali ni, aku nekad aku perlu bekerja keras sekarang, supaya bekalan Dunhill aku sentiasa mencukupi.

Friday 11 September 2015

Sikit Hal

Suriah menangis ,
Lu kesah ?

Oh gua kat tempat suci,
Gua sejahtera selamat,

Cuma butir pasir,
Cuma hembusan angin ,

Apakah lu lupa?
Dia maha berkuasa atas tiap sesuatu.

-Ahmat Dusuki, 2015-

Hebat

Dalam hening pagi yang sunyi. Dua orang sahabat sedang asyik termenung di tepi tembok . Kedua-duanya leka menghadap handphone. Cencurut liar yang berkejaran di kaki mereka, langsung tidak dihiraukan. Sesekali Sudin menggaru kakinya.

Ting ting , ting ting , bunyi fb messenger . Keduanya saling berbalas mesej di fb messenger.

Sudin :Hebat kau Mail.
            .......
            👍👍👍👍👍
Mail    :🐽

Sudin  : 😆😆😆

Mail    : Tengok kat group Sains vs
               Alquran lak.

Sudin  : Hak hak , dasyat hujah kau,
               macam DrMaza.

Mail     : Tengok kat group Bn vs Pr.

Sudin  : Hak hak ,hebat kau , tinggi ilmu 
              kau..
Mail     : Hiks... Aku google ja semua ni.

Friday 20 February 2015

Tribute To Tuan Guru (10 January 1931-12 February 2015)

Tuan Guru,
Belum ku lahir,
Nama mu udah disebut-sebut.

Tuan Guru,
Belum ku kenal ,
Kebaikan mu udah menular,

Tuan Guru,
Belum ku berjumpa,
Kerinduan ku udah seperti candu,

Tuan Guru,
Belum ku bermesra,
Kemesraannya udah ditagih banyak orang,

Tuan Guru ,
Aku belum sempat ketemu,
Nyata kau pergi dulu,

Aku rindu,
Keadilanmu,
Warakmu,
Zuhudmu.

Monday 9 February 2015

Gua Gila Geli , Dato Seri !!

Sedang gua menyetelkan kerja-kerja akhir gua di opis. Tiba-tiba masuk 1 mesej di whatsapp.

"Pling!"

Gua membukak whatsapp. Terpapar mesej dari Dato Seri.

" Boy , nanti balik temankan I boleh?".

.Gua helakan napas. Apa dihendaknya Dato seri ni, tiba-tiba hantar mesej , bisik hati gua.

''  Teman pi mana Dato Seri?"

" Ada hal penting ni Boy, U mesti jumpa I."

" Ye la, nak pi mana ni?"

" I jumpa U pukul 5:30PM dekat Kopitiam kita selalu lepak."

"Baiklah, rodger".

Gua berbalas mesej dengan Dato Seri.

~.~~.~~.~~.

Dalam pukul 5:15 PM ,gua sudah terpacak di kopitiam dimana kami selalu lepak.Gua sampai awal dari Dato Seri. Biasalah tabiat gua memang tak suka lambat-lambat ni. Pendek kata,gua ni  bukanlah jenis janji melayu punya orang.

Sementara menunggu Dato Seri yang masih belom sampai, gua meng-orderlah neskopi ais,dan kuih wantan . Sambil menunggu order sampai, gua perhati makwe- makwe yang lalu lalang .Sedang gua perhati makwe-makwe yang lalu lalang, tiba-tiba gua terperhati kelaku dua  ekor pelayan restoran berbangsa Mnyanmar yang sedang bergurau senda. Lagak gayanya macam cibai jugak , siap bertepuk bontot ,bergesel-gesel bagai . Kalau  amoi Mnyanmar tu gua tak kesah beb,sebab boleh setim-kan pandangan jugak.  Laknat Tuhan lah pada  lu orang kaum gay, bisik hati gua menghukum.

"Hai Boy , lama ke tunggu?"Sapa si Dato Seri yang baru saja sampai. Gua senyum saja, sambil pelawa Dato Seri duduk.Elok duduk saja,Dato Seri terus mulakan perbincangan kami.

Bermulanya dengan plan A, seterusnya  melangkau  ke plan  C. Selepas itu  beliau tarik semula ke plan B . Kami saling bertukar-tukar pandangan dan buah fikiran. Segala kemahuan Dato Seri gua fahamkan,telitikan,saringkan, dan catitkan di atas kertas. Apabila sampai saja ke plan D, kami stop. Dato Seri mula bercerita pasal hal lain (hilang fokus), beliau mula bercerita pasal bisneslah,pasal rukun tetanggalah ,sampailah ke hal rumah tangga beliau sendiri. Hal anak beliau yang baru bercerai tu pon dia boleh cerita.Dia beritahu yang dia akan kontrol habis-habisan anak dia lepas ni, itu pon kalau dia tak jadi masuk penjara lah. Hai melepas lah gua kalau orang tua ni tak masuk penjara, bisik hati gua (sebab anak dia memang cara beb). Sesekali tu, beliau selitkan jugak cerita pasal kejayaan-kejayaan lampau beliau masa beliau berada di barisan oposisi kami. Naik mual pon ada jugak gua rasa kadang-kadang. Itu sajalah modal dia agaknya,keluh gua kesal.


~.~.~.~.

Bila dah dekat maghrib, gua pon mintak diri dulu kepada Dato Seri.Dato seri kata okay. Cuma yang jadi tak sedap sikit tu bukan apa? Gua pulak yang kena settle bill  ni semua, sebab orang tua ni takdak duit kecik katanya. Takpalah,settle bayar,salam-salam semua, gua pon berangkatlah ke kereta Evo X gua yang diparking di bawah pokok Cassia Fistula berhadapan Kopitiam.  Sedang saja gua membukak pintu kereta Evo X gua, tiba-tiba Dato Seri memanggil gua semula.

" Boy, U boleh hantar I balik hotel tak? Puas dah I call driver I , tapi no response lah."

"  Takdak hal lah Dato Seri." balas gua ringkas ,tanda setuju.

Lepas tu gua pon hantarlah Dato Seri balik Hotel dia di Ampang. Perjalanan ke Ampang dengan tempat gua lepak tu adalah dalam lebih kurang 30 minit. Jauh jugak tu kalau kira gua nak kena layan si tua ni . Tapi, masa dalam kereta tu gua  jadi pelik jugak,  sebab Dato Seri ni boleh buat senyap pulak . Dah tu sekali-sekali , dia usyar gua sambil senyum-senyum. Memang meremang jugak gua dibuatnya , tapi gua kan steady? Gua buat-buat cool ja lah.

Sampai kat Entrance Hotel,tiba-tiba dia ajak gua naik , sebab dia nak bagi satu surat dengan dokumen  untuk gua semak. Alasan dia ,malas nak turun balik kata dia. Dah tu dia ingat gua ni nak  kena naik turun ni ,gua rajin sangat kot ? Memandangkanlah dia tu Dato Seri, gua pon ikut saja lah dia naik tanpa membantah.

Sampai kat pintu bilik ,dia pon bukak, dan pelawa gua masuk,

 "Makanlah karipap tu, tadi I mintak diorang buat siap, sebelum I balik. I nak mandi jap tau ,U relax kejap ya." kata Dato Seri.

Gua pon jamahlah karipap tu sambil minum teh suam sekali, sementara tunggu Dato Seri mandi.

Selang 15minit Dato Seri pon keluar dari bilik mandi. Steady betul , pakai towel ja.

" Boy , U look so cute lah, rugi betul lah."

"Rugi apa Dato Seri?"

" Rugilah kalau I tak jamah U sekarang "

"Apa?"

Ah sudah. Dato Seri, lucutkan towel dia . Terjojol batang dia saiz 7 inchi 1/2, lebih kurang macam tu lah. Gua dah jadi panik gila babi. Dato Seri menerpa terus ke arah gua dan ditolaknya gua ke atas katil.

 Gua kelam kabut cuba mengelak, tapi gua tak berdaya,diterkamnya gua ,dikucup-kucupnya leher gua. Cibai betul gua rasa , sebab gua tak boleh lawan kederat laki 68 tahun ni. Teloq gua jadi kecut gila masa tu.   Dato Seri pulak dah mula ramas-ramas tetek gua. Tiba-tiba....

"Daddyyyy!!!!!"

Dato Seri menoleh. Terpacak sosok wanita yang  amat gua kenal . Tu dia ,'Janda Mari' idaman gua, iaitu anak Dato Seri , sedang bercekak pinggang.

Anak Dato Seri mula menerpa ke arah kami . Diambilnya teko teh suam di atas meja, dan disimbahnya ke arah kami.  Dato Seri berjaya mengelak, dan air teh itu betul-betul terkena ke arah gua sorang.

"Daddy nak jadi apa ni , pi tidoq lepaih asar ni ?!!!"

Terkebil-kebil gua dibuatnya. Gua mengusap muka yang basah. Alangkah terkejutnya gua bila , anak Dato Seri tadi,dah berubah jadi bini gua.

"Nakharam betui, kejut elok-elok tak boleh ka ? Main simbah bagai "Rungut gua pada isteri gua.

Rupa-rupanya gua bermimpi perkara merepek tadi.

Gua pon capailah tuala, dan termenung sejenak

Gua jadi menyesal gila sebab mimpi benda fitnah macam ni. Lalu gua pon berdoa di dalam hati.

" Ya Tuhan, selamatkanlah aku, saudaraku dan negaraku . Kurniakanlah kami pemimpin yang adil .Serta jauhkanlah kami dari fitnah, dan fitnah akhir zaman. Amin amin ,Ya Rabb."

Sementara bini gua masih tak habis-habis dia punya leter sampai ke maghrib.









Sunday 16 November 2014

Yang Tua Berhormat, Yang Muda Menghormati.

" Manusia ni jadi orang degil betul, sudah lah degil bingai pulak tu,sudahlah bingai, kuat melawan pulak tu.Sifat degil dan bingai ni nak dibawak ke mana ? Masuk syurga? "    Lontar Pak Hamid memecah kesunyian di Kedai Leha janda. Ketika itu Pak Hamid sedang memakan 4 bijik buah dam Pak Abu.Pak Abu mengangkat-angkatkan keningnya.

Selesai Pak Hamid jalan, turn Pak Abu pulak jalan. Jalan saja Pak Abu, habis  2, 3 biji 'buah haji' Pak Hamid pulak dimakan oleh Pak Abu. Pak Abu tersengih-sengih. Sementara Pak Hamid  mula menggaru-garu kan kepalanya. 
"Dah kenapanya ni Pak Hamid?" nyampuk Si Roslan  yang sedari tadi duduk di meja hujung sambil menonton cerita WHI di TV3.Sambil-sambil itu Roslan menghirup kopi yang sedari tadi terletak di atas meja.

" Engkau orang muda ni ,masa depan jauh lagi. Engkau orang muda ni, pemangkin kemajuan negara tau?Engkau orang muda ni jangan dengar sangat cerita dakyah pembangkang tu. Masing-masing ada otak dah kan? Kita boleh pikir betapa bagusnya GST ni untuk rakyat. Berapa pesatnya negara ni boleh dibangunkan bila kita laksana GST? Engkau orang muda ni, tengoklah negara-negara maju tu semua, semua maju sebab depa laksana GST lah. Soal rakyat miskin ni semua, kerajaan bantu terus menerus tau. Kita jadi manusia ni mau pakai otak sikit orang muda. Benda baik kita sokong, kalau ada masalah kita sabar, jangan sikit-sikit nak demo, jangan sikit-sikit nak bakaq kereta polis."  Cerita  Pak Hamid bersungguh-sungguh, sambil menggayakan sekali dengan tangan-tangan beliau.

Si Roslan mengangguk-angguk paham. Sesekali kelakuan mereka diperhati oleh si Leha Janda yang dari tadi sibuk membasuh pinggan dan cawan di belakang.

~•~•~
Allahuakbar ,Allahuakbar...

Kedengaran laungan azan dikumandangkan.

Pak hamid dan Pak Abu buat-buat tak reti saja. Diteruskan pertarungan mereka yang entah ke berapa kali round entah, tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Si Roslan pulak sudah berpindah dari tempat duduknya,dan duduk di sebelah Pak Abu.
Sesekali,Roslan  membisik sesuatu ke telinga Pak Abu seolah-olah memberikan cadangan .Terkerut-kerut kening Pak Hamid dibuatnya akibat ketensionan .

Selesai saja azan, selesai saja doa selepas azan dibacakan , tiba-tiba...

"Sepohon kayuu daunnya rimbun,lebat buahnya serta daunnya,..Walaupun hidup seribu tahun, kalau tak semayang Jumaat apa gunanyaaa.... Walaupun hidup beribu tahun, kalau tak semayang Jumaat hapah tak gunaaaa.. " nyanyi Leha Janda penuh syahdu,dengan tone seakan-akan Allayarhamah biduanita Syarifah Aini.

"Sedap suara kau Leha, dah serupa Ramli Sarip dah. Tapi lain kali , jangan lupa lirik k. " tegur Pak Hamid ringkas.

Setelah itu Pak Hamid meneruskan pertarungannya semula.
















Monday 13 October 2014

Duhai Mabuk

Ada orang suka mabuk,
Ada orang benci mabuk,

Ada orang peduli taik siapa mabuk,
Ada orang peduli mati-mati orang agama lain nak mabuk.

Demi benda yang memabukkan,
Mudah-mudahan gua tidak mabuk dan memabukkan.