Selesai Pak Hamid jalan, turn Pak Abu pulak jalan. Jalan saja Pak Abu, habis 2, 3 biji 'buah haji' Pak Hamid pulak dimakan oleh Pak Abu. Pak Abu tersengih-sengih. Sementara Pak Hamid mula menggaru-garu kan kepalanya.
"Dah kenapanya ni Pak Hamid?" nyampuk Si Roslan yang sedari tadi duduk di meja hujung sambil menonton cerita WHI di TV3.Sambil-sambil itu Roslan menghirup kopi yang sedari tadi terletak di atas meja.
" Engkau orang muda ni ,masa depan jauh lagi. Engkau orang muda ni, pemangkin kemajuan negara tau?Engkau orang muda ni jangan dengar sangat cerita dakyah pembangkang tu. Masing-masing ada otak dah kan? Kita boleh pikir betapa bagusnya GST ni untuk rakyat. Berapa pesatnya negara ni boleh dibangunkan bila kita laksana GST? Engkau orang muda ni, tengoklah negara-negara maju tu semua, semua maju sebab depa laksana GST lah. Soal rakyat miskin ni semua, kerajaan bantu terus menerus tau. Kita jadi manusia ni mau pakai otak sikit orang muda. Benda baik kita sokong, kalau ada masalah kita sabar, jangan sikit-sikit nak demo, jangan sikit-sikit nak bakaq kereta polis." Cerita Pak Hamid bersungguh-sungguh, sambil menggayakan sekali dengan tangan-tangan beliau.
Si Roslan mengangguk-angguk paham. Sesekali kelakuan mereka diperhati oleh si Leha Janda yang dari tadi sibuk membasuh pinggan dan cawan di belakang.
~•~•~
Allahuakbar ,Allahuakbar...
Kedengaran laungan azan dikumandangkan.
Pak hamid dan Pak Abu buat-buat tak reti saja. Diteruskan pertarungan mereka yang entah ke berapa kali round entah, tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Si Roslan pulak sudah berpindah dari tempat duduknya,dan duduk di sebelah Pak Abu.
Sesekali,Roslan membisik sesuatu ke telinga Pak Abu seolah-olah memberikan cadangan .Terkerut-kerut kening Pak Hamid dibuatnya akibat ketensionan .
Selesai saja azan, selesai saja doa selepas azan dibacakan , tiba-tiba...
"Sepohon kayuu daunnya rimbun,lebat buahnya serta daunnya,..Walaupun hidup seribu tahun, kalau tak semayang Jumaat apa gunanyaaa.... Walaupun hidup beribu tahun, kalau tak semayang Jumaat hapah tak gunaaaa.. " nyanyi Leha Janda penuh syahdu,dengan tone seakan-akan Allayarhamah biduanita Syarifah Aini.
"Sedap suara kau Leha, dah serupa Ramli Sarip dah. Tapi lain kali , jangan lupa lirik k. " tegur Pak Hamid ringkas.
Setelah itu Pak Hamid meneruskan pertarungannya semula.